- See more at: http://www.omghackers.com/2012/07/tips-untuk-mencegah-kandungan-pada-blog.html#sthash.UgGeFIZY.dpuf
Sunday, June 26, 2016
Tanaman manggis
PANDUAN MENANAM MANGGIS
PANDUAN MENANAM MANGGIS
Manggis (Garcinia mangostana L.) adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20oC dan 30oC Ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun dan sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir.>
Kultivatar Yang Disyorkan
Tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya. Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-
Istilah Manggis dari Wikipedia -klik
Panduan Menanam Manggis (pdf) - klik
Suntingan berita: Khasiat Kulit Manggis (doc) - klik
Herba Manggis: Khasiat kulit manggis
Pengurusan Air:
Pengurusan air sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi mengatasi masalah ini, seelok-eloknya pokok diubah ke ladang pad awal musim hujan. Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau.
Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan lebih cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan. Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar.
>Bagi ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air. Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60 psi.
Kawalan Serangga Bagi Tanaman Manggis
Jenis Serangga Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan
1. Pelombong Daun
(Phyllocnictis citrella)
Larva memakan inti daun melalui saluran atau liang-liang yang dibuat. Daun yang diserang menjadi berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan pudar dan bergulung. Larva membesar di dalam daun dan menjadi kepompong dalam lipatan daun.
Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis serap seperti dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif.
2. Pengorek Buah
(Curculio sp.)
Kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah. Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah. Apabila buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di dalam tanah. (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul sebagai kumbang dewasa).
Belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera.
Kawalan Penyakit Bagi Tanaman Manggis
Jenis Penyakit Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan
1. Cerana Zignoela
(Zignoela garcianneae)
Menyerang dahan dan batang. Tempat diserang akan bengkak dan bercerana. Daun akan layu dan luruh. Pokok akan mati.
Musnah pokok yang diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk mengawal penyakit dari merebak.
2. Cendawan Angin
(Corticum salmonicolor)
Menyerang batang dan dahan pokok. Bahagian yang diserang akan menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang. Daun-daun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu dan terus mati.
Dikawal dengan memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok. Cantas dahan yang terlalu rapat. Jika perlu sembur bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat berasaskan kuprum.
Kerosakan Lain:
Gamosis
Selain penyakit, pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang boleh merosakkan dahan dan buah. Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit. Kerosakan ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal. Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah matang. Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah. Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya tidak rosak. Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak dibiarkan jatuh ke tanah. Kawalan gamosis secara terperinci masih belum diperolehi.
Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai perlu dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal pokok bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air. Kawalan dilakukan dengan menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Sekiranya perlu, rumpai di keliling pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah serta meningkatkan kesuburan tanah. Bagi pokok manggis yang matang rumpai dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha).
Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH):
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada TDMH yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak. Sebagai panduan TDMH bagi racun perosak yang digunakan pada tanaman manggis adalah seperti berikut:-
Racun Perosak TDMH (bilangan hari)
1. Racun berasaskan kuprum
2. Dimethoate
tiada
23
Indeks kematangan dan penuaian Buah Manggis
Tanaman ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali.
Buah manggis mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang. Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan. Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25oC - 30oC.
Indeks 1 :
Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah.
Indeks 2
Hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit. Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima.
Indeks 3
Merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah. Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah.
Indeks 4
Keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran eksport.
Indeks 5
Coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi lateks. Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini.
Indeks 6
kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan. Isi dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi.
Indeks 7
Ungu Gelap atau kehitaman pada seluruhpermukaan kulit. Buah pada peringkat ini adalah terlalu masak.
Pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Pengendalian di ladang
Buah-buah yang dipetik, dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu.
Pengendalian di Pusat Pembungkusan
Di rumah pembungkusan, buah dipilih. Buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan.
Penggredan
Buah digred mengikut saiz. Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan berasaskan penentuan gred.
- berat sebiji buah 100 gm atau lebih, iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg.
- kulit buah bersih, tidak cedera, bebas dari kesan penyakit atau kerosakan oleh serangga.
- kulit sederhana tebal, pejal tetapi tidak keras.
- tiada kesan getah kuning (resin) pada kulit dan tangkai.
- ulas isi putih bersih dana tidak jernih disebabkan oleh kecederaan.
Pembungkusan
Buah disusun dengan teratur dan padat di dalam kotak. Lapisan pengalas digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan kotak. Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan kemudian mengaturnya di atas kenderaan dan di bilik penyimpanan.
Penyimpanan
Bagi pasaran segar, penggunaan bilik sejuk pada suhu 5oC dan kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis. Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu.
Pengangkutan
Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa penyimpanan buah dan kos yang terlibat.
Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

MANGGIS
MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan
tropika dari keluarga Clusiaceae
yang dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia,
Thailand dan sebagainya. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara
tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan durian, rambutan, duku
dan pokok dusun lain. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006)
kawasan tanaman manggis di Malayisa dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun
kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 28,350
metrik tan. Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak
menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Daerah Batang Padang di Perak
menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu langat
Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat , Johor (288 ha). Di Pahang terdapat jenis
manggis yang di panggil 'MESTA". Penulis banyak pengalaman berkaitan
penanaman manggis semasa bertugas di Pejabat Pertanian Segamat sebagai pegawai
pengembangan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman buah
manggis daripada pelbagai sumber maklumat dan pengalaman penulis dalam bidang
pertanian selama lebih 33 tahun.
Pokok manggis adalah dari tumbuhan saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 7-25 meter dan mempunyai batang kayu yang keras. Pokok manggis adalah dari jenis pokok yang lambat tumbuh dan berbanding dengan tumbuhan lain seperti durian, rambutan, jambu batu dan sebagainya. Anak benih yang ditanam tumbuh sangat perlahan iaitu beberapa centimeter sahaja dalam satu bulan. Daun manggis berwarna hijau gelap dan tebal. Dahannya dari kayu keras dan mengeluarkan bunga di hujung atau di bahagian pucuk. Bunga manggis berwarna putih hijau dan terletak di hujung tunas. Akar tunjang pokok manggis agak kuat dan kukuh. Buah manggis berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada ungu coklat gelap apabila sudah masak. Buah manggis mempunyai 4-5 kelopak berwarna hijau dibahagian atas dan kelopak kecil2 dibahagian bawah buah. Isi buah manggis berwarna putih dan berbiji. Kulit manggis adalah tebal lingkungan 0.5-1.0 cm dan mengeluarkan cecair ungu bila di perah. Biji manggis berwarna coklat dan lembut.
Penanaman manggis biasanya menggunakan anakbenih daripada biji yang dikutip dan disemai. Kutip biji benih dari klon bermutu kerana biji manggis tidak tahan lebih dari 5 hari. Biji benih manggis dalam polibeg akan cambah dalam masa 2-3 minggu dengan disiram dan dijaga. Biarkan benih tumbuh sehingga setinggi 30-40 cm dengan mempunyai lebih 5 helai daun sebelum dialih keladang. Jarak tanaman manggis yang disyorkan ialah 7.5 meter x 7.5 meter untuk kepadatan sebanyak 175 pokok sehektar. Buat lubang penanaman 60 cm x 60 cm x 80 cm dalam dan berhati-hati ketika memasukkan anak benih manggis. Akar pokok manggis sangat sensitif dan mudah rosak. Pastikan dibubuh sungkupan dan penanda pada lokasi penanaman. Buat sulaman pada pokok yang mati. Kawasan yang sesuai untuk pokok manggis berhasil tinggi adalah kawasan seperti tepi sungai, tepi kolam dimana akar pokok manggis kekal lembab sepanjang tahun. Kawasan seperti sekitar Sungai Muar dan Sg Perak merupakan kawasan sesuai.
Pembajaan manggis seperti juga tanaman saka yang lain menggunakan baja NPK 15:15:15 sebanyak 0.5 kg sepokok setahun dari tahun pertama sehingga 1.0 kg/pokok tahun ke 6 dan ditambah kepada baja buah NPK 12:12:17:2 sebanyak 4-5 kg /pokok/ tahun untuk penghasilan. Pokok manggis dari baka biji benih biasanya berbuah dalam masa 6 - 12 tahun bergantung kepada pengurusan, jenis tanah dan baka. Bagaimanapun kini ada benih yang mampu berhasil kurang dari 6 tahun dari anakbenih terpilih. Kawalan rumpai perlu dijalankan pada peringkat awal penanaman seperti selaput tunggul dan lalang. Tanaman manggis tidak mempunyai musuh tanaman dan penyakit yang merbahaya.

Pokok
manggis yang matang mampu berbuah antara 100 - 3,000 biji bergantung kepada
pengajaan dan umur pokok. Biasanya pokok manggis berbuah selepas musim hujan.
Pemerhatian di Segamat mendapati pokok berumur 2-3 tahun mampu berbuah sebanyak
1.2 metrik tan sehektar/tahun dan meningkat kepada 7 mt/ha/tahun pada tahun ke
12-13. Pokok berumur 19-20 tahun pula sebanyak 22 mt/ha setahun dan pokok
dewasa berumur 25 tahun mampu berbuah sebanyak 28 mt hektar setahun. Buah
manggis yang masak dikenali dengan warna ungu gelap dan di kutip samada
mengutip dengan tangan semasa panjat pokok atau gunakan galah panjang yang ada
karung penampan buah. Buah manggis yang jatuh ketanah akan pecah dan rosak dan
mudah busuk. Buah dikumpulkan dibersihkan dan digredkan mengikut saiz. Bagi
jualan segar tempatan ditepi jalan buah manggis dijual secara longgok atau
diikat dengan tali secara tersusun. Bagi pasaran ekspot seperti ke Jepun
perlukan proses yang lebih rumit lagi.
Masaalah
Gamosis pada buah manggis akan menyebabkan kualiti buah menurun dan ini akan
menjejaskan pendapatan petani. Gamosis ada masaalah dimana buah manggis menjadi
eras dan boleh dibaca artikel berkaitan dengan membuat link saya seperti
diatas. Kajian penulis mendapati masaalah memetik hasil manggis merupakan
cabaran utama dalam industri tanaman manggis. Kerja memetik buah manggis sukar
terutama pokok dewasa yang tinggi dan besar. Pemerhatian penulis mendapati
hanya 40-60 % sahaja buah yang dapat dipetik jika pokok terlalu tinggi dan
besar dan yang lainya akan dibiarkan kering. Harga ladang di Segamat biasanya
antara 10-20 sen sebiji dan dijual kepada pengguna dengan harga RM 30-50 sen
sebiji atau RM 3.00 - RM 6.00 sekilogram. Buah manggis tahan tidak lebih 3-5
hari selepas dipetik dan akan rosak jika terdedah.
Buah
manggis merupakan buah yang sedap dimakan ketika segar dengan rasa manis dan
'juicy'. Cara makan buah manggis adalah dengan memecahkan kulit tebalnya dengan
menekan kulit dan akan pecah. Keluarkan isinya dan makan. Berhati-hati kerana
kulit manggis akan mengeluarkan warna unggu yang tidak mudah dihilangkan
ditapak tangan atau pada pakaian yang cerah. Kajian saintis mendapati buah
manggis mengandungi Vitamin C, Vitamin B1 dan B2, Niacin, Kalium, Protin, Zat
Besi, Tanin, Resin, asid malic dan Crytalizable mangoestine. Buah manggis juga
kaya dengan Xanthoes (Cantherchins, Polyphenols, Polisacyanide) yang
merupakan super antioxidant. Manggis mampu mengubati penyakit cirit birit dan
kulitnya adalah bahan pewarna yang berkualiti. Pengusaha gula melaka
menggunakan kulit manggis kering untuk pewarna semula jadi ketika masak gula
melaka. Penanaman manggis selaku "RATU SEGALA BUAH" di Malaysia perlu
di majukan dengan pelbagai program dan insentif.
VARIETI - MANGGIS DIMALAYSIA
MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan
tropika dari keluarga Clusiaceae yang dipercayai berasal dari negara Asia
Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Di Malaysia
tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam
bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain. Jabatan Pertanian
merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malaysia
dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada
tahun 2012 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Negeri Perak,
Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain
daripada Pahang. Daerah Batang Padang di Perak menanam paling luas tanaman
manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu langat Selangor (300 ha) dan Daerah
Segamat , Johor (288 ha). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai
beberapa varieti manggis yang didaftarkan di Malaysia untuk dibuat rujukan
peminat tanaman manggis, penyelidik dan pelajar serta pihak berkenaan.
Manggis ialah sejenis tumbuhan saka yang tumbuh
dengan lambat dan melalui tempoh produktif yang lama. Kanopi pokok manggis
padat dan berbentuk piramid. Pokok dewasa mencapai ketinggian 10-25m dan garis
pusat batang 25-35cm. Pertumbuhan yang lambat disebabkan oleh sistem akar yang
lemah, mudah rosak dan tumbuh dengan lambat. Sistem akar ini terdiri daripada
akar tunjang yang panjang, akar sisi yang tidak begitu banyak serta ketiadaan
akar rambut sepanjang peringkat awal pertumbuhan. Pokok manggis yang ditanam
daripada biji biasanya mula berbuah ketika berumur 8 tahun, tetapi pokok-pokok
yang dijaga dengan rapi mula berbuah 5-6 tahun selepas ditanam.
Pokok
manggis yang matang mampu berbuah antara 100 - 3,000 biji bergantung kepada
pengajaan dan umur pokok. Biasanya pokok manggis berbuah selepas musim hujan.
Pemerhatian di Segamat mendapati pokok berumur 2-3 tahun mampu berbuah sebanyak
1.2 metrik tan sehektar/tahun dan meningkat kepada 7 mt/ha/tahun pada tahun ke
12-13. Pokok berumur 19-20 tahun pula sebanyak 22 mt/ha setahun dan pokok
dewasa berumur 25 tahun mampu berbuah sebanyak 28 mt hektar setahun. Buah
manggis yang masak dikenali dengan warna ungu gelap dan di kutip samada
mengutip dengan tangan semasa panjat pokok atau gunakan galah panjang yang ada
karung penampan buah. Buah manggis yang jatuh ketanah akan pecah dan rosak dan
mudah busuk. Buah dikumpulkan dibersihkan dan digredkan mengikut saiz. Bagi
jualan segar tempatan ditepi jalan buah manggis dijual secara longgok atau
diikat dengan tali secara tersusun (Lihat
foto disebelah). Bagi pasaran ekspot seperti ke Jepun perlukan proses yang
lebih rumit lagi.
Jadual 1 diatas menunjukkan hanya ada 3 varieti manggi yang dikenalpasti di negara kita iaitu GA1 (Manggis tanpa biji), GA2(Mesta) dan satu lagi varieti yang masih belum didaftarkan dipanggil sebagai 'Manggis Tempatan'. Manggis varieti GA1 ini didaftarkan pada tahun 1991 dengan tempat asal daftar di negeri Kedah. Manggis GA2 pula adalah jenis manggis 'Varieti Mesta' yang memang berasal di Pahang (Khususnya kawasan sepanjang Sungai Pahang) dekat Temerloh didaftarkan pada tahun 1993. Manggis Tempatan yang belum didaftarkan ini belum dapat dibezakan dengan manggis varieti GA1 dari segi penciriannya kerana ia merupakan varieti yang paling banyak ditanam. Saya ada menulis artikel mengenai Manggis (Sila Klik disini) dan Mesta (Sila Klik disini) serta masaalah Gamosis Buah Manggis (Sila Klik disini) untuk pembacaan lanjut. Mereka yang berminat menanam manggis secara komersil boleh berhubung dengan agen pengembangan pertanian. Wasallam!
Subscribe to:
Posts (Atom)